Rumah Aman (Shah Alam) ialah sebuah badan kebajikan yang menjaga serta memberi perlindungan, kegembiraan dan pendidikan kepada anak-anak di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Kami beroperasi daripada bangunan kami sendiri di Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bangunan berusia 10 tahun itu dihadiahkan kepada kami oleh sebuah keluarga dari England yang turut menyediakan dana bagi memperbaiki bangunan itu yang sebelum ini digunakan sebagai tadika.
Laman sesawang baru Rumah Aman telah dengan rasminya dilancarkan oleh pengasas, Abdul Rehman Dakri pada 31 Disember 2009 untuk menggantiikan laman sesawang lama yang telah terhenti untuk beberapa waktu.
Laman sesawang baru itu yang berupa web blog telah direka bentuk dan dimuat naik dengan bantuan seorang rakan Rumah Aman, Encik Amir Sariffuddin pada bulan Mei 2009.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada bekas pentadbir Rumah Aman, Puan Saliyati Suhaimi yang telah mereka bentuk dan memuat naik laman sesawang pertama kami pada tahun 2005 dan juga kepada Encik Jamalus Ramli yang telah mewujudkan blog Rumah Aman pada tahun 2007.
Mohamad Nor Amirul Shah Mokhtar, 9, dan Raziq Hafizi Mohd Tamin, 10, dari Rumah Aman masing-masing mendapat tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan robotik anjuran RC Planet Sdn. Bhd. Di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 19 Disember 2009.
Rumah Aman telah diwakili lima orang peserta dalam sekumpulan 10 orang yang melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan itu. Tiga lagi peserta dari Rumah Aman ialah Muhammad Arif Fauzi, 10, Mohd Rizal Abdullah, 9 dan Muhammad Asyraf Hakimi Zul Abidin juga 9 tahun.
Selepas meluangkan waktunya setiap petang Isnin selama empat tahun mengajar anak-anak Rumah Aman Bahasa Inggeris, Puan Nani Rashid Ghows akan memulakankhidmatnya sebagai seorang sukarelawan mulai tahun 2010 di sebuah lagi rumah anak-anak yatim dan kebajikan.
Beliau akan mmengajar Bahasa Inggeris di Rumah Harapan Al-Khadeem di Jalan Rabingan Seksyen 32 Shah Alam. Puan Nani akan mengajar murid sekolah rendah dan menengah.